Appen

  • Malaysian - Malaysia Apollo Voice Data Collection

    Job Locations MY-Remote
    Posted Date 4 weeks ago(11/13/2018 1:54 AM)
    ID
    2018-4084
    Category
    Data Collection
  • Overview

    Appen sedang menjalankan projek pengecaman tuturan berskala besar dalam Bahasa Malaysia untuk membantu klien kami dalam merealisasikan tindakbalas suara interaktif ataupun interactive voice response (IVR) dengan kecerdasan bantuan untuk generasi seterusnya dalam sektor servis khidmat pelanggan. Matlamatnya adalah untuk mesin berinteraksi dan bertindakbalas kepada pertanyaan pelanggan dalam segala senario harian, seperti perbankan, hospitaliti, dan lain-lain lagi, tanpa input ataupun input yang minima. Anda boleh baca mengenai system IVR dengan lebih lanjut di sini.

    Demi mencapai objektif ini, kami sedang mengumpul sampel pertuturan untuk perbualan umum orang ramai melalui perbualan telefon bagi tujuan penyelidikan dan latihan mesin. 

    Pihak kami akan menyediakan segala yang anda perlukan untuk tugasan ini: Akses ke pengantara muka untuk perakaman panggilan, senarai topik-topik yang boleh dipilih (contoh: percutian, wayang, rakan, kewangan) dan insentif yang lumayan akan dibayar melalui Paypal ataupun Payoneer sebanyak USD 10 ( RM 42 currency) untuk 4 panggilan yang dibuat (Walau bagaimanapun, sekiranya anda membuat kurang dari 4 panggilan, anda akan dibayar secara berkadar). 

    Anda dan penerima panggilan mestilah:

    • berumur 18 tahun ke atas
    • bertutur dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda dan tinggal di Malaysia (kedua-dua pemanggil harus mempunyai loghat Malaysia)
    • belum lagi menyertai projek ini
    • memiliki telefon bimbit (talian tetap tidak boleh digunakan) 

    Untuk mendaftar, sila klik pada pautan di bawah dan hantarkan borang secepat yang mungkin:

     

    https://appen.formstack.com/forms/eoi_mly

     

    Kami sangat berbesar hati atas kerjasama anda bagi merealisasikan projek ini! Sebaik sahaja kami mencecah bilangan perserta yang diperlukan, projek ini akan tamat.

     

    Options

    Sorry the Share function is not working properly at this moment. Please refresh the page and try again later.
    Share on your newsfeed